Sunday, February 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS ikrar banteras buruh kanak-kanak

    NEW YORK, 28 FEB – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan akan membanteras penggajian buruh kanak-kanak di negara itu susulan bilangan pekerja bawah umur secara haram meningkat sebanyak dua pertiga sejak 2018.

    Peningkatan kes berkenaan di AS selari dengan kemasukan besar-besaran kanak-kanak pelarian ke negara itu secara perseorangan.

    Mereka melarikan diri daripada kemiskinan dan keganasan di Amerika Latin, dengan 130,000 orang dirujuk ke pusat perlindungan kerajaan AS bagi tahun fiskal yang lalu.

    Setiausaha Buruh, Marty Walsh dalam satu kenyataan, berkata buruh kanak-kanak sepatutnya sudah dihapuskan pada abad ke-19, ia tidak sewajarnya menjadi masalah hari ini.

    “Justeru, kami memerlukan Kongres dan wakil negeri untuk duduk berbincang, bagi menggembleng sumber yang luas untuk menangani masalah ini,” katanya.

    Sepanjang tahun fiskal yang lalu, Jabatan Buruh mengenal pasti 835 syarikat melanggar undang-undang dengan mengupah 3,800 orang kanak-kanak dan menyaksikan peningkatan 26 peratus kanak-kanak diupah khusus untuk pekerjaan berbahaya.

    Menurut seorang pegawai kanan pentadbiran dalam satu taklimat media, trend semasa itu semakin membimbangkan.

    Dalam usaha mengekang peningkatan kes sedemikian, pasukan petugas bersama membabitkan Jabatan Buruh serta Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia ditubuhkan.

    Ia bertanggungjawab ke atas kemasukan kanak-kanak bawah umur ke negara itu secara bersendirian dan akan meningkatkan perkongsian maklumat antara kedua-dua agensi. – AFP

    Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Xavier Becerra bercakap semasa sidang media di Bangunan Humphrey HHS di Washington. Kerajaan AS smengumumkan akan membanteras penggajian buruh kanak-kanak di negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda