Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Indonesia capai perjanjian perdagangan ‘hebat’

    WASHINGTON, 16 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengumumkan kelmarin bahawa beliai mencapai perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai ‘hebat’ dengan Indonesia selepas rundingan langsung bersama Presiden Prabowo Subianto, lapor Anadolu Ajansi.

    “Perjanjian hebat, untuk semua pihak, baru sahaja dimeterai dengan Indonesia. Saya berurusan secara langsung dengan Presiden mereka yang sangat dihormati,” kata Trump di media sosial.

    Butiran lanjut mengenai perjanjian yang dimaksudkan itu masih belum didedahkan, namun pengumuman ini dibuat dua minggu sebelum tarikh akhir 1 Ogos yang ditetapkan oleh Trump bagi negara untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Washington atau berdepan tarif yang lebih tinggi.

    Tarikh akhir asal sepatutnya pada 9 Julai, tetapi ditangguhkan oleh Rumah Putih  bagi memberi lebih masa kepada rundingan.

    Penasihat Perdagangan Trump,  Peter Navarro pada April berkata selepas Trump mengumumkan langkah tarif baharu, pentadbiran AS berhasrat untuk memuktamadkan ‘90 perjanjian dalam 90 hari’, namun sasaran itu terbukti sukar dicapai. Setakat ini, hanya dua negara iaitu United Kingdom dan Vietnam yang memeterai perjanjian perdagangan interim dengan Trump.

    Bagaimanapun, banyak butiran dalam perjanjian itu masih belum dirundingkan sepenuhnya. – Bernama/Anadolu

    Presiden Indonesia Prabowo Subianto membetulkan tali lehernya semasa sidang akhbar bersama di istana presiden Planalto di Brasilia, Brazil, pada 9 Julai. Trump umumkan AS dan Indonesia capai perjanjian perdagangan yang hebat. – Gambar fail AP 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda