Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    AS, Jepun berhasrat mendarat di bulan

    TOKYO, 23 MEI – Jepun dan Amerika Syarikat (AS) mengatakan hari ini yang mereka berhasrat untuk menempatkan angkasawan Jepun yang pertama ke bulan ketika kedua-dua sekutu itu mempererat kerjasama dalam projek angkasa.

    Setakat ini, belum ada warga yang bukan rakyat Amerika pernah mendarat di permukaan bulan dan sebelum ini Jepun pernah mengatakan harapan untuk melaksanakan pendaratan bulan pada hujung dekad ini.

    Presiden Joe Biden, selepas pertemuan bersemuka pertama kali bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Tokyo, berkata negara itu akan bekerjasama dalam program Artemis yang diketuai oleh AS untuk menghantar manusia ke bulan dan kemudian ke planet Marikh.

    Biden berkata dia berasa ‘teruja’ tentang kolaborasi tersebut, termasuk kemudahan Gateway, yang akan mengorbit bulan dan memberikan sokongan pada misi masa depan.

    “Saya teruja tentang usaha yang akan kita lakukan bersama-sama di Stesen Gateway sekitar bulan dan membayangkan angkasawan Jepun yang pertama turut menyertai kami dalam misi ke permukaan bulan di bawah program Artemis,” katanya semasa satu sidang media bersama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...