Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Jepun, Korea Selatan berikrar perkukuh pakatan trilateral

    MUNICH, 16 FEB – Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan mengesahkan semula perkongsian trilateral dan komitmen mereka terhadap keselamatan serantau kelmarin, ketika diplomat tertinggi ketiga-tiga negara itu mengadakan pertemuan di Munich, lapor Anadolu Ajansi (AA).  

    Menurut kenyataan bersama, perbincangan peringkat tinggi itu memberi tumpuan kepada mengukuhkan kerjasama pertahanan, menangani ancaman keselamatan dari Korea Utara dan kebimbangan mengenai tindakan China di Asia Pasifik.  

    Kenyataan bersama itu menegaskan bahawa pakatan antara ketiga-tiga negara adalah tidak goyah dan menekankan komitmen bersama mereka untuk mengekalkan kestabilan di rantau ini.  AS mengulangi komitmen pertahanannya yang teguh terhadap Jepun dan Korea Selatan, termasuk pencegahan meluas yang disokong oleh keupayaan nuklear. Ketiga-tiga negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan melalui latihan bersama dan memperkukuh keupayaan angkatan bersenjata mereka.  

    Mesyuarat itu turut membincangkan kebimbangan mengenai program nuklear Korea Utara, dengan para pegawai menegaskan semula komitmen terhadap ‘denuclearisation

    menyeluruh’ negara itu sebagaimana yang digariskan dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan itu turut memberi amaran bahawa sebarang ‘provokasi’ dari Korea Utara tidak akan diterima.  

    Para pegawai turut menentang sebarang percubaan ‘sepihak’ untuk mengubah status quo di Asia Pasifik, khususnya di Laut China Selatan, dan menegaskan kepentingan keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan.  – Bernama

    Trump ketika dia bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di Pejabat Oval Rumah Putih pada 13 Februari, di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda