Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kaji cukai baharu ke atas kayu import

    WASHINGTON, 2 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin mengarahkan satu siasatan terhadap kemungkinan cukai ke atas kayu import – langkah terbaharu yang berpotensi meningkatkan ketegangan perdagangan – sementara uga mendesak peningkatan bekalan domestik.

    Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick untuk memulakan siasatan ‘bagi menentukan kesan terhadap keselamatan negara daripada import kayu, papan dan produk derivatifnya.’

    Siasatan itu mungkin akan mengakibatkan cukai baharu yang akan menambah kepada levi yang sedia ada.

    Siasatan itu menyasarkan pengeksport seperti Kanada, Jerman dan Brazil, dengan pegawai Rumah Putih sebelum ini menuduh ekonomi tersebut ‘melambakkan kayu ke dalam pasaran kami dengan menjejas kemakmuran ekonomi dan keselamatan negara kami.’

    Kanada, sebagai contoh, adalah antara pengeksport kayu lembut terbesar di dunia, dengan pasaran eksport terbesar mereka adalah AS.

    Siasatan di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan itu diumumkan beberapa hari selepas Trump menggunakan alat yang sama untuk mengkaji import tembaga dan selepas beliau mengumumkan kenaikan cukai ke atas produk keluli dan aluminium. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda