AS kaji status terancam tanaman Nevada

RENO, 24 JULAI – Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS) berkata terdapat bukti saintifik cukup yang menunjukkan dua tumbuhan yang jarang didapati di padang pasir Nevada mungkin terpupus yang mewajibkan kajian semula sama ada untuk menyenaraikan mereka sebagai spesies terancam, termasuk satu di tengah perbalahan berhubung lombong litium.

Gandum kuda Tiehm, yang ditemui di tanah persekutuan 10 ekar di barat Nevada dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain, mungkin dihapus oleh lombong litium yang dicadang dibina 200 batu ke tenggara Reno, menurut penyokong pemuliharaan yang menggesa ia disenaraikan pada tahun lalu.

Tanaman popi padang pasir Las Vegas sedang menghadapi ancaman daripada kehilangan habitat dramatik di selatan Nevada disebabkan perlombongan dan pembangunan bandar, serta lebah, menurut mereka.

Perkhidmatan berkata dalam hasil dapatan 90 hari disiarkan dalam Daftar Persekutuan pada Rabu bahawa petisyen mengemukakan ‘maklumat saintifik atau komersial penting’ bahawa penyenaraian kedua-dua tanaman adalah wajar dan agensi akan melancarkan kajian status penuh spesis tersebut. – AP

Seorang ahli ekologi tanaman di Universiti Nevada, menunjukkan gandum kuda Tiehm yang telah bertunas di rumah hijau kampus di Reno, Nevada. – AP