Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Kanada bekal kenderaan perisai kepada polis Haiti

    WASHINGTON, 16 OKT – Amerika Syarikat dan Kanada telah menghantar kenderaan perisai dan peralatan keselamatan ke Haiti bagi membantu pihak berkuasa tempatan memerangi keganasan kumpulan penjenayah.

    Penghantaran itu dibuat di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang teruk melanda negara berkenaan, menurut kenyataan bersama kerajaan AS dan Kanada yang dikeluarkan Jabatan Negara AS.

    Pesawat tentera AS dan Kanada tiba di Port-au-Prince, Haiti hari ini bagi memindahkan peralatan keselamatan penting yang dibeli kerajaan Haiti termasuk kenderaan taktikal dan berperisai serta bekalan lain.

    “Penghantaran peralatan itu sebahagian daripada operasi bersama melibatkan pesawat Tentera Udara AS dan Tentera Udara Diraja Kanada,” lapor Sputnik memetik kenyataan bersama itu kelmarin.

    AS dan Kanada sedang berusaha untuk mengukuhkan kapasiti Haiti dengan melatih pegawai polis tambahan dan menambah baik operasi penguatkuasaan undang-undang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda