WASHINGTON, 31 Ogos – Perunding untuk Amerika Syarikat dan Kanada akan bertemu semula hari ini bagi menyambung semula perbincangan segera mereka untuk merombak Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland mengadakan pertemuan singkat malam kelmarin dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer. Dia memberitahu pemberita bahawa dia ‘mempunyai beberapa perkara untuk dikatakan.’
“Tidak, kami tidak mempunyai perjanjian,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan keempat dengan Robert Lighthizer.
Freeland dan Lighthizer telah mengadakan sesi rundingan sejak dia tiba di Washington pada Selasa lalu.
Terdahulu, Freeland kelmarinmemberitahu wartawan, “Kami terus mengadakan perbincangan sesuai dengan keadaan sekarang yang membawa dua negara ini ke meja rundingan.”
AS dan Mexico pada Isnin lalu mencapai persetujuan untuk menggantikan NAFTA, perjanjian 24 tahun yang melibatkan kedua-dua negara dan Kanada. Tetapi perjanjian baharu itu tidak termasuk Kanada. Freeland bergegas ke Washington dalam usahanya untuk memperbaiki keadaan itu. Dia juga berusaha untuk membuat perjanjian tiga negara hari ini, memberikan tempoh 90 hari bagi membolehkan Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto menandatangani perjanjian itu sebelum meninggalkan pejabat pada 1 Disember.
“Kami bekerja sangat intensif,” kata Freeland. – AP/AFP