Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS kecam perjanjian China, Pulau Solomon

    WASHINGTON, 21 APRIL – Amerika Syarikat (AS) semalam mengkritik perjanjian keselamatan baharu di antara China dan Kepulauan Solomon, menyifatkannya sebagai tidak jelas.

    Perjanjian itu, diumumkan oleh Beijing baru-baru ini, telah berdepan tentangan dari AS dan Australia, yang bimbang perjanjian itu mungkin mendorong China memperkukuh pengaruhnya di Pasifik Selatan.

    Teks perjanjian belum didedahkan kepada orang awam, tetapi ia ditandatangani beberapa hari sebelum rombongan AS dijangka tiba di gugusan kepulauan Pasifik untuk menggesanya supaya jangan memeterai perjanjian tersebut.

    “Kami bimbang dengan kekurangan ketelusan dan ciri-ciri perjanjian yang tidak jelas, yang menyusuli sifat China yang sentiasa menawarkan perjanjian kabur tanpa rundingan serantau dalam bidang perikanan, pengurusan sumber, bantuan pembangunan dan amalan keselamatan yang terbaharu ini,” beritahu pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

    “Perjanjian telah dibincangkan untuk masa seketika. Pemeteraian tidak mengubah kebimbangan kami.”

    Satu draf perjanjian telah mengejutkan rantau apabila ia terbocor bulan lalu, terutamanya keputusan yang membenarkan tentera laut China dihantar ke Kepulauan Solomon, yang terletak kurang 2,000 kilometer dari Australia.

    Perwakilan AS dijangka tiba pada minggu ini di Kepulauan Solomon.

    Berita dari Beijing mengatakan perjanjian telah ditandatangani keluar sejurus selepas lawatan AS diumumkan.

    “Walaupun Kepulauan Solomon telah berkata ia tidak akan membenarkan China membina sebuah pangkalan tentera, kami masih akan mengemukakan kebimbangan kami sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memperkukuh hubungan lama kami dengan Kepulauan Solomon,” kata pegawai Jabatan Negara. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Perdana Menteri China Li Keqiang (kiri) dan Perdana Menteri Kepulauan Solomon Manasseh Sogavare memeriksa barisan kawalan kehormatan di Great Hall of the People di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...