Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS keluarkan amaran: Produk udang Indonesia mungkin dicemari radiasi

    JAKARTA, 21 OGOS – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran berhubung beberapa produk udang mentah yang telah dibekukan dan diimport dari sebuah syarikat Indonesia yang berkemungkinan dicemari dengan bahan radioaktif.

    Siasatan masih berjalan, namun pada Selasa, FDA menasihati pengguna dan peruncit supaya “tidak makan, menjual atau menghidangkan” udang sejuk beku dari PT Bahari Makmur Sejati (BMS Foods) selepas pengesanan awal isotop radioaktif Cesium-137 (Cs-137) oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP).

    CBP memaklumkan perkara tersebut kepada FDA selepas mengesan Cs-137 dalam kontena penghantaran membawa udang sejuk beku yang diproses oleh BMS Foods di empat pelabuhan AS: Los Angeles, Houston, Savannah dan Miami.

    “Berdasarkan maklumat lain, FDA turut mendapati produk dari PT Bahari Makmur Sejati telah melanggar Akta Makanan, Ubat-ubatan & Kosmetik Persekutuan kerana kelihatan telah disediakan, dibungkus atau disimpan dalam keadaan tidak bersih sehingga mungkin tercemar dengan Cs-137 dan menimbulkan kebimbangan keselamatan,” menurut amaran itu.

    Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso, berkata isu itu sedang disiasat oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan, Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) serta Pusat Pengawasan Tertib Niaga (BPTN) dengan kerjasama Washington.

    Disamping itu, pengeksport udang Indonesia turut berdepan dengan pembatalan export besar-besaran daripada pembeli di AS selepas Presiden Donald Trump mengumumkan tarif besar-besaran pada April lalu. – ANN/The Jakarta Post

    Gambar fail ini menunjukkan eorang lelaki menangkap udang di perairan cetek di Banda Aceh, Indonesia pada 26 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda