Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kenakan tambahan 100% tarif ke atas China

    BEIJING, 12 OKT – China menuduh Amerika Syarikat (AS) mengenakan peraturan tarif yang tidak konsisten hari ini, selepas Presiden Donald Trump mengancam tambahan 100 peratus tarif ke atas ekonomi kedua terbesar dunia itu.

    Trump mengembalikan semula perang perdagangannya dengan China Jumaat lalu, dengan menuduh Beijing mengenakan sekatan eksport baharu yang agresif berkaitan dengan sumber nadir bumi.

    Beliau mengumumkan tarif tambahan bagi kawalan eksport ke atas perisian penting – yang akan berkuat kuasa mulai 1 November dan mengancam untuk membatalkan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping.

    Kementerian Perdagangan China hari ini menggelar ancaman tarif Trump sebagai tidak konsisten.

    Kementerian itu berkata, Washington telah meningkatkan tindakan terhadap ekonomi Beijing sejak September.

    “Mengenakan ancaman tarif yang tinggi pada setiap masa bukanlah pendekatan yang tepat untuk berhubung dengan China,” katanya dalam satu kenyataan dalam talian.

    Barangan China ketika ini menghadapi tarif AS sebanyak 30 peratus di bawah tarif yang dibawa oleh Trump semasa menuduh Beijing membantu dalam perdagangan fentanyl, dan berhubung amalan yang didakwa tidak adil.

    Tarif timbak balik China kini berada pada 10 peratus.

    Sumber nadir bumi telah menjadi bahan utama dalam rundingan perdagangan antara kedua-dua kuasa besar baru-baru ini. – AFP

    Sebuah kapal kontena berlayar di pelabuhan di Qingdao, di wilayah Shandong timur China pada 9 Oktober. China menuduh AS mengenakan peraturan tarif yang tidak konsisten – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda