Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kerjasama bantu Ukraine pulih infrastruktur tenaga

    WASHINGTON, 6 DIS – Amerika Syarikat (AS) bekerjasama dengan G7, Kesatuan Eropah, Bank Dunia dan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) bagi membantu Ukraine memulihkan semula infrastruktur tenaganya, lapor Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

    “Kami bekerja dengan G7, termasuk menyelaras dengan Kesatuan Eropah, Bank Dunia, EBRD dan lain-lain bagi memastikan bahawa mereka (Ukraine) mempunyai sumber yang diperlukan untuk membaiki dan menggantikan komponen grid elektrik mereka yang telah musnah,” kata Blinken kepada The Wall Street Journal.

    Rusia didakwa menyerang infrastruktur Ukraine pada 10 Oktober, dua hari selepas kejadian serangan pengganas ke atas Jambatan Crimean.

    Serangan itu menyasarkan loji kuasa, industri pertahanan dan kemudahan komunikasi di seluruh Ukraine. – Bernama

    Setiausaha Negara Antony Blinken bercakap semasa Mesyuarat Menteri Majlis Perdagangan dan Teknologi di Universiti Maryland di College Park, Maryland pada 5 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda