Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS komited atas keselamatan Jepun

    TOKYO, 18 April – Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence menekankan komitmen negara terhadap keselamatan Jepun hari ini, tatkala Korea Utara menambah kebimbangan mengenai program senjatanya dengan janji untuk melancarkan ujian peluru berpandu ‘setiap minggu’.

    Korea Utara, yang berhasrat menghasilkan peluru berpandu balistik yang berupaya sampai ke Amerika Syarikat, tidak menghiraukan tekanan antarabangsa pada Ahad dengan satu ujian yang gagal sejurus selepas dilancarkan.

    Tatkala kebimbangan meningkat bahawa ia juga mungkin bersedia untuk menjalankan ujian senjata nuklear keenamnya, Timbalan Menteri Luar Han Song-Ryol berkata programnya hanya akan bertambah.

    “Kami akan menjalankan lebih banyak ujian peluru berpandu setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun,” beritahu Han kepada BBC dalam satu temu bual, mengugut akan melancarkan ‘perang habis-habisan’ sekiranya AS mengambil tindakan menentangnya.

    Tiba di Tokyo bagi mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Pence mengalu-alukan hubungan keselamatan lama dua negara.

    Shinzo Abe (kanan) dan Mike Pence berjabat tangan menjelang majlis makan tengah hari di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada 18 April. – AFP
    Shinzo Abe (kanan) dan Mike Pence berjabat tangan menjelang majlis makan tengah hari di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada 18 April. – AFP

    “Gabungan di antara Amerika Syarikat dan Jepun merupakan asas keamanan dan keselamatan di Asia Timur Laut,” ujarnya kepada Abe.

    Pemimpin Jepun itu meminta penyelesaian aman kepada ketegangan Korea Utara namun tidak mengetepikan keperluan untuk mengambil langkah tegas.

    “Ia adalah satu isu yang amat penting untuk kami mendapatkan penyelesaian diplomatik dan aman,” kata beliau.

    “Pada masa yang sama dialog demi dialog adalah tidak berguna dan kami perlu memberikan tekanan.”

    Di Korea Selatan pada pusingan lawatan pertama di Asia, Pence semalam melawat Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua Korea dan mengingatkan Pyongyang supaya jangan melancarkan provokasi selanjutnya, berkata ‘semua opsyen sedang dikemukakan’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda