Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AS ‘komited’ rondaan maritim bersama Filipina

    MANILA, 22 FEB – Amerika Syarikat (AS) ‘komited’ untuk menjalankan rondaan maritim bersama Filipina di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata ketua tentera laut AS hari ini, ketika negara-negara itu berusaha untuk menghalang keagresifan China.

    Ketua operasi tentera laut AS, Lak-samana Michael Gilday membuat kenyataan itu semasa lawatan ke negara Asia Tenggara itu, sebagai sebahagian daripada usaha AS untuk mengukuhkan pakatan ketenteraan di seluruh rantau ini dan seterusnya.

    Ketegasan Beijing yang semakin meningkat terhadap pembinaan pangkalannya di Laut China Selatan yang dipertikaikan telah memberi dorongan baharu kepada Washington dan Manila untuk membaiki perkongsian mereka.

    Presiden Filipina sebelum ini, Rodrigo Duterte memihak kepada China berbanding bekas penjajah negaranya, tetapi pentadbiran baharu Ferdinand Marcos berminat untuk mengubahnya.

    Sekutu perjanjian lama itu bersetuju bulan ini untuk menyambung semula rondaan bersama di laut, dan mencapai perjanjian untuk memberi tentera AS akses ke empat lagi pangkalan tentera di Filipina.

    Gilday berkata negara-negara itu “di peringkat awal perancangan” untuk gabungan aktiviti maritim, tetapi beliau menegaskan AS “komited dan fokus”.

    Di Manila, Gilday mengadakan perbincangan dengan ketua tentera laut Filipina, Naib Laksamana Toribio Adaci dan ketua turus tentera, Jeneral Andres Centino.

    Mereka bersetuju “pada dasarnya bahawa kita perlu bergerak ke hadapan, fokus dan dengan pantas, untuk meningkatkan kebolehoperasian kita bersama-sama di Laut China Selatan dan merentasi rantau”, Gilday memberitahu pemberita. – AFP

    Laksamana Michael Gilday, bercakap semasa wawancara bersama media di hangar persendirian di Manila kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...