Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS, Korea S dan Jepun adakan latihan ketenteraan

    SEOUL, 30 SEPT – Kapal perang Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun melancarkan latihan antikapal selam tiga pihak pertama dalam tempoh lima tahun hari ini, selepas Korea Utara memperbaharui ujian peluru berpandu pada minggu ini sebagai respons kepada latihan dua hala oleh tentera Korea Selatan dan AS.

    Korea Utara baru-baru ini melancarkan lima ujian peluru berpandu, ujian pertama seumpamanya dalam masa sebulan, yang turut dilancarkan sebelum dan selepas lawatan Naib Presiden AS, Kamala Harris ke Korea Selatan kelmarin dan mengukuhkan komitmen AS bagi keselamatannya dan sekutunya di Asia.

    Hari pertama latihan yang diadakan di luar timur Semenanjung Korea bertujuan untuk menangani desakan Korea Utara untuk memajukan keupayaan peluru berpandu bagi kapal selamnya, menurut kenyataan tentera laut Korea Selatan.

    Korea Utara telah membina kapal selam lebih besar termasuk sebuah yang dijana oleh kuasa nuklear dan ujian canggih peluru berpandu yang boleh melancarkan serangan dalam beberapa tahun kebelakangan.

    Ini merupakan pembangunan yang membimbangkan buat musuhnya ke-rana ia lebih sukar mengesan pelancaran peluru berpandu bawah air yang canggih. Pegawai Korea Selatan berkata hujung minggu lalu bahawa mereka mengesan tanda-tanda bahawa Korea Utara bersedia untuk ujian peluru berpandu dari kapal selam.

    Latihan hari ini melibatkan kapal pengangkutan pesawat yang dijana oleh nuklear, USS Ronald Reagan dan kapal pemusnah Korea Selatan dan Jepun, menurut kenyataan tentera laut.– AP

    Gambar yang diserahkan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan menunjukkan kapal pengangkutan pesawat USS Ronald Reagan menyertai latihan ketenteraan antara Korea Selatan, AS dan Jepun, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...