Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Korea S mula latihan tentera laut

    SEONGNAM, Korea Selatan, 16 Okt – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan hari ini melancarkan latihan tentera laut bersama dalam pertunjukan kekuatan baru ke atas Korea Utara berhubung ancaman nuklear dan peluru berpandunya.

    Ketegangan berhubung program senjata Korea Utara semakin bertambah beberapa bulan kebelakangan dengan Pyongyang menjalankan beberapa siri pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear keenamnya, yang paling berkuasa, ingkar ke atas beberapa sekatan yang dikenakan oleh PBB.

    AS sejak itu meningkatkan latihan tenteranya bersama Korea Selatan dan Jepun, dua sekutu rapatnya di rantau itu. “Latihan terbaru itu dihasratkan untuk mengekalkan kesediaan ke atas provokasi tentera laut Korea Utara dan meningkatkan keupayaan menjalankan operasi bersama,” kata jurucakap tentera laut Korea Selatan memberitahu para wartawan.

    Latihan 10 hari itu berlangsung di tepi selatan sempadan maritim de facto yang dikenali sebagai Northern Limit Line, tambah jurucakap.

    Tentera laut AS berkata pada awalnya yang pengangkutan pesawat udara USS Ronald Reagan dan dua kapal pemusnahnya akan ikut serta. – AFP

    Pasukan aerobatik Black Eagles Angkatan Tentera Udara Korea Selatan melakukan pertunjukan semasa sidang media di Pameran Pertahanan dan Aeroangkasa Antarabangsa Seoul 2017 di Lapangan Terbang Seoul di Seongnam, Korea Selatan pada 16 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda