Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Korea Selatan tandatangani perjanjian perdagangan, keselamatan

    SEOUL, 16 NOV – Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu mendedahkan butiran perjanjian perdagangan dan keselamatan yang dimeterai pada akhir Oktober selepas berbulan-bulan rundingan tegang antara kedua-dua sekutu tersebut.

    Perjanjian itu, yang dimuktamadkan selepas Presiden AS, Donald Trump bertemu rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Lee Jae Myung, merangkumi janji pelaburan oleh Seoul dan pengurangan tarif oleh Amerika Syarikat.

    Menurut pecahan kandungan perjanjian berdasarkan memo yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan, AS akan mengekalkan levi sehingga 15 peratus ke atas import dari Korea Selatan, termasuk kenderaan, alat ganti kereta dan produk farmaseutikal, menurut helaian fakta bersama yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

    Ini sekali gus menjadikan tarif AS ke atas kereta Korea Selatan lebih rendah daripada kadar semasa 25 peratus, namun masih jauh lebih tinggi berbanding kadar 2.5 peratus di bawah perjanjian perdagangan bebas sedia ada.

    Industri automotif menyumbang 27 peratus daripada eksport Korea Selatan ke AS, yang menerima hampir separuh jumlah eksport kereta negara itu.

    Tarif ke atas produk ubat generik, pesawat udara dan alat ganti akan dimansuh.– AFP

    Lee Jae Myung (tengah) berucap pada sidang akhbar ketika beliau mengumumkan perjanjian perdagangan dan keselamatan dengan Amerika Syarikat di Pejabat Presiden di Seoul pada 14 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda