Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kurangkan tarif ke atas Filipina

    WASHINGTON, 23 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin bersetuju untuk mengurangkan tarif yang dikenakan ke atas Filipina, namun hanya sebanyak satu peratus, selepas satu pertemuan yang disifatkannya berjaya bersama rakan sejawatnya, Ferdinand Marcos.

    Sewaktu menyambut ketibaan Marcos di Rumah Putih, Trump menyifatkannya sebagai seorang ‘perunding yang sangat tegas’ dan berkata, “Kami hampir memuktamadkan satu perjanjian perdagangan – satu perjanjian yang besar, sebenarnya.”

    Dalam satu hantaran di media sosial sejurus selepas itu, Trump menyatakan bahawa meskipun Filipina akan membuka sepenuhnya pasaran kepada barangan dari AS, beliau tetap akan mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas produk dari negara Asia Tenggara itu, yang merupakan pengeksport utama barangan teknologi tinggi dan pakaian.

    “Ia adalah lawatan yang positif dan kami telah memuktamadkan perjanjian perdagangan kami, di mana Filipina akan menjadi PASARAN TERBUKA kepada Amerika Syarikat, dan TANPA TARIF,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

    Filipina adalah antara puluhan ekonomi yang menerima surat amaran daripada Trump bulan ini mengenai pelaksanaan tarif sebanyak 20 peratus ke atas semua barangan yang memasuki AS mulai 1 Ogos.

    Kadar 19 peratus itu masih lebih tinggi daripada ancaman kadar 17 peratus yang dibuat Trump pada April lalu, ketika beliau mengancam tarif global secara besar-besaran. – AFP

    Pemandangan umum kren di Pelabuhan Manila pada 2 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda