Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kutuk tindakan agresif Rusia di Ukraine

    PBB, Amerika Syarikat (AS), 3 Feb – Duta besar AS, Nikki Haley semalam membidas “tindakan agresif” Rusia di Ukraine dan berikrar sokongan AS kepada Kiev meskipun pentadbiran baru AS berusaha untuk memperbaiki hubungan bersama Rusia.

    Dalam ucapan terbuka pertamanya pada Majlis Keselamatan, Haley menegaskan bahawa sekatan AS yang dikenakan ke atas Rusia kerana penambahannya terhadap Crimea pada 2014 akan kekal sehingga Moscow mengembalikan semenanjung itu kepada Ukraine.

    “Kami mahukan hubungan lebih baik dengan Rusia. Bagaimanapun, keadaan sukar di timur Ukraine adalah permintaan jelas dan bidasan kuat terhadap tindakan Rusia,” katanya.

    Peningkatan dalam pertempuran di timur Ukraine telah menunjukkan pentadbiran baru Presiden Donald Turmp dengan ujian pertama terhadap dasar Rusia dan ulasan Haley dilihat bagi sebarang petanda terhadap perubahan.

    Duta besar AS itu memulakan ucapannya dengan menyatakan bahawa ia adalah “tidak bernasib baik” kemunculan pertamanya pada majlis itu memerlukannya untuk “membidas tindakan agresif Rusia,” menggambarkan ini sebagai “ulangan” bagi kenyataan AS yang lalu.

    “AS memberikan sokongan rakyat Ukraine yang menderita selama hampir tiga tahun di bawah pendudukan Rusia dan campur tangan tentera,” katanya.
    “Sehingga Rusia dan pemisah yang disokongnya menghormati kedaulatan Ukraine dan integriti wilayah, krisis itu akan berterusan.”

    AS “terus membidas dan meminta bagi penamatan segera kepada pencerobohan Rusia terhadap Crimea,” tambahnya.

    “Crimea adalah sebahagian dari Ukraine. Sekatan berhubung kait Crimea akan terus dikekalkan sehingga Rusia mengembalikan kawalan semenanjung itu ke Ukraine.”

    Sementara kenyataan itu selaras dengan mereka pada pentadbiran AS sebelumnya, duta besar Rusia, Vitaly Churkin berkata dia mengesan perubahan dalam nada. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda