Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lancar serangan udara di Yaman

    DUBAI, 9 FEB – Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara baharu yang menyasarkan pemberontak Houthi di Yaman, kata pegawai hari ini.

    Tentera AS telah memusnahkan empat bot dron sarat bahan letupan dan tujuh pelancar peluru berpandu pelayaran anti-kapal yang bergerak kelmarin yang boleh menyasarkan kapal di Laut Merah, kata Komando Pusat tentera AS.

    “Mereka merupakan ancaman yang mendesak kepada kapal-kapal Tentera Laut AS dan kapal dagang di rantau ini,” kata Pusat Komando. “Tindakan ini akan melindungi kebebasan pelayaran dan menjadikan perairan antarabangsa lebih selamat dan lebih terjamin untuk Tentera Laut AS dan kapal dagang.”

    Houthi tidak mengeluarkan kenyataan mengenai serangan itu.

    Sejak November, pemberontak berulang kali menyasarkan kapal-kapal di Laut Merah atas serangan Israel di Gaza. Tetapi mereka seringkali menyasarkan kapal yang mempunyai hubungan samar atau tiada hubungan langsung dengan Israel, membahayakan penghantaran dalam laluan penting bagi perdagangan di antara Asia, Timur Tengah dan Eropah.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, AS dan United Kingdom, dengan sokongan sekutu-sekutu lain, telah melancarkan serangan udara yang menyasarkan senjata peluru berpandu Houthi dan tapak pelancaran untuk serangannya.

    Sebuah kapal frigat Jerman berlayar kelmarin untuk mengambil bahagian dalam misi Kesatuan Eropah (EU) bagi membantu mempertahankan kapal kargo daripada serangan Houthi.

    Menteri-menteri luar EU dijangka menandatangani misi Laut Merah pada 19 Februari dengan tujuh negara bersedia untuk menyediakan kapal atau pesawat.

    Kapal Hessen, yang membawa kira-kira 240 kelasi, dijangka akan berada di tempat sebaik sahaja misi EU mendapat kebenaran rasmi dan parlimen Jerman meluluskan penyertaannya. – AP

    Frigat ‘Hessen’ meninggalkan pelabuhan di Wilhelmshaven, Jerman pada 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda