Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lancar siasatan ke atas Autopilot Tesla selepas 11 nahas

    NEW YORK, 16 OGOS – Para pegawai keselamatan Amerika Syarikat (AS) membuka siasatan awal ke atas Autopilot Tesla selepas mengenal pasti 11 kemalangan melibatkan sistem bantuan pemandu, kata pegawai hari ini.

    Insiden yang berlaku pada tahun 2018 itu termasuk satu korban jiwa manakala tujuh mengakibatkan kecederaan, menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh raya Nasional.

    Pengasas Tesla, Elon Musk telah mempertahankan sistem Autopilot manakala pengilang elektrik memberi amaran yang ia memerlukan ‘pengawasan pemandu aktif’ di tempat pemandu, namun pengkritik, termasuk dalam Kongres berkata sistem itu mudah ditipu dan menggesa bagi NHTSA untuk mengambil tindakan.

    Penguji bersama majalah Consumer Reports menunjukkan dalam video bahawa Autopilot boleh ditipu dengan memandu tanpa manusia di dalamnya, suatu cubaan yang ditunjukkan dalam video Tik-Tok dan platform media sosial lainnya.

    “Penilaian awal memulakan misi pencarian bukti agensi dan membenarkan maklumat tambahan dan data untuk dikumpulkan,” kata jurucakap NHTSA.

    Tesla bagaimanapun berkata ia tidak percaya nahas April itu melibatkan Autopilot dan insiden itu tidak termasuk dalam senarai 11 nahas NHTSA. – AFP

    Gambar fail menunjukkan seorang lelaki mengecas kenderaan Teslanya di New Jersey pada 6 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda