Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lapor enam letupan di Eritrea

    NAIROBI, KENYA, 29 NOV – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Eritrea melaporkan enam kejadian letupan berlaku malam kelmarin di ibu negara, Asmara.

    Ia juga bertepatan dengan laporan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan bahawa mereka terdengar bunyi letupan di bandar itu pada Jumaat lalu, hampir dua minggu selepas kerajaan wilayah Tigray di Ethiopia mengesahkan penembakan peluru berpandu ke bandar itu semasa perang dengan pasukan persekutuan Ethiopia.

    Letupan terbaharu berlaku hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed menyatakan kemenangan dalam pertempuran kerajaannya menentang the Tigray People’s Liberation Front (TPLF), yang memerintah wilayah Tigray utara yang bersempadan dengan Eritrea.

    Pihak ketenteraan berkata ibu kota wilayah, Mekele berada dalam kawalan penuh, tetapi kerajaan berkata para pemimpin TPLF masih berada di wilayah tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda