Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lapor kes pertama mpox jenis baharu

    NEW YORK, 17 NOV – Pegawai kesihatan mengesahkan kes pertama jenis baharu virus mpox yang dikenal pasti di Amerika Syarikat (AS) di timur Congo.

    Individu yang dijangkiti itu dilaporkan melawat Afrika Timur dan dirawat di California Utara selepas kembali ke AS. Menurut Jabatan Kesihatan Awam California, gejala pada pesakit semakin pulih dan risiko kepada orang ramai adalah rendah.

    Individu berkenaan menjalan arahan kuarantin di rumah dan pekerja kesihatan sudah menghubungi kontak rapat sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jabatan itu.

    Mpox ialah jangkitan virus yang sama dengan cacar. Ia adalah endemik di bahagian Afrika, di mana jangkitan biasanya berlaku melalui gigitan tikus atau haiwan kecil. Gejala ringan termasuk demam, menggigil dan sakit badan. Dalam kes yang lebih serius, pesakit mungkin mengalami luka pada muka, tangan, dada dan alat kelamin.

    Awal tahun ini, saintis melaporkan kemunculan bentuk baharu mpox di Afrika yang merebak melalui kontak rapat, termasuk melalui hubungan seksual. Penyebaran bentuk baharu itu berlaku secara meluas di kawasan timur dan tengah Afrika.

    Gambar menunjukkan botol vaksin mpox semasa pelancaran kempen vaksinasi di Hospital Besar Goma pada 5 Oktober lalu. – AFP

    Namun, dalam kes yang dikenal pasti pada pengembara di luar benua tersebut, penyebaran sangat terhad, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    Lebih 3,100 kes yang disahkan telah dilaporkan sejak akhir September, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Majoriti kes berlaku di tiga negara Afrika iaitu Burundi, Uganda dan Republik Demokratik Congo.

    Sejak itu, beberapa kes mpox bentuk baharu dalam kalangan pengembara telah dilaporkan di Jerman, India, Kenya, Sweden, Thailand, Zimbabwe dan United Kingdom.

    Pegawai kesihatan menyatakan bahawa keadaan di Congo mula menunjukkan tanda-tanda stabil awal bulan ini. CDC Afrika menganggarkan Congo memerlukan sekurang-kurangnya tiga juta dos vaksin mpox untuk menghentikan penularan, serta tambahan tujuh juta dos lagi untuk seluruh Afrika. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda