Sunday, July 7, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    AS laporkan kes keempat wabak burung jangkiti manusia

    WASHINGTON, 4 JULAI – Pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin melaporkan kes keempat wabak burung yang melibatkan manusia, dikaitkan dengan wabak semasa virus itu dalam ternakan lembu tenusu.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam satu kenyataan, individu tersebut bekerja di ladang dan terdedah kepada lembu yang dijangkiti. Bagaimanapun, menurut CDC, risiko jangkitan terhadap orang awam adalah kekal ‘rendah’.

    Jangkitan itu berlaku di Colorado dan individu yang terjejas hanya mengalami simptom pada mata, telah menerima ubat antiviral, dan kini pulih sepenuhnya.

    Kes pertama jangkitan di AS dilaporkan di Texas pada 1 April, diikuti dua kes di Michigan.

    Beberapa kawanan lembu di beberapa negeri di Amerika telah dijangkiti, dengan wabak pertama kali dikesan pada Mac.

    Pakar bimbang dengan peningkatan bilangan mamalia yang dijangkiti penyakit itu, walaupun kes pada manusia masih jarang berlaku. Mereka khuatir peredaran tinggi virus itu boleh memudahkan mutasi yang membolehkan penularan antara manusia.

    Ujian terkini mengesahkan bahawa tikus boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada susu mentah yang tercemar dengan wabak burung, namun proses pempasteuran dapat memusnahkan virus tersebut. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...