WASHINGTON, 28 JUN – Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 2.5 juta semalam, ketika negara paling terkesan di dunia ini terus bergelut dengan peningkatan jangkitan di beberapa negeri.
Menurut penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins setakat jam 5:30 petang semalam, AS telah mencatatkan lebih 43,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam sahaja.
Jumlah korban wabak itu di AS pula telah melepasi 125,000 mangsa, kira-kira satu per empat daripada lebih 495,000 kematian di seluruh dunia.
Semalam, Florida yang berdepan lonjakan kes COVID-19, melaporkan rekod 9,585 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam. – AFP