WASHINGTON, 28 JUN – Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 2.5 juta semalam, ketika negara paling terkesan di dunia ini terus bergelut dengan peningkatan jangkitan di beberapa negeri. Menurut penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins setakat jam 5:30 petang semalam, AS telah mencatatkan lebih 43,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam sahaja. Jumlah korban