Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    AS lulus janji F-16 Pakistan

    NEW DELHI, 8 SEPT – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah memberi lampu hijau untuk perjanjian bernilai AS$450 juta membabitkan penyenggaraan dan peralatan berkaitan F-16 untuk Pakistan.

    Agensi Kerjasama Kesela-matan Pertahanan (DSCA) Pentagon menyampaikan pensijilan yang diperlukan dan memaklumkan kepada Kongres tentang penjualan kemungkinan dibuat kelmarin.

    Kontraktor utama ialah Lockheed Martin Corp.

    Pakistan sebelum ini telah “meminta untuk menggabungkan penyelenggaraan F-16 dan sokongan untuk armada F-16 Tentera Udara Pakistan dengan mengurangkan aktiviti berulang serta menambah elemen sokongan,” menurut kenyataan DSCA.

    Perjanjian itu tidak termasuk sebarang keupayaan, senjata atau peluru baharu.

    “Cadangan perjanjian ini akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan AS dengan membenarkan Pakistan mengekalkan kesalingoperasian dengan AS serta rakan kongsinya dalam usaha memerangi keganasan yang berterusan termasuk sebagai persediaan untuk operasi luar jangka pada masa depan,” menurut DSCA. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...