WASHINGTON, 30 Jun – Pen-tadbiran Donald Trump telah meluluskan penjualan senjata bernilai AS$1.3 bilion kepada Taiwan, kata seorang pegawai kerajaan AS semalam, dalam satu tindakan yang mungkin mencetuskan kemarahan Beijing yang menganggap pulau tersebut sebuah wilayah pemberontak.
Pegawai AS menekankan “tidak adanya perubahan dalam dasar “Satu China” kami – menetapkan hanya terdapat satu China dan Taiwan adalah sebahagian daripada negara itu – yang dikatakan oleh Beijing merupakan satu prasyarat untuk mengekalkan hubungan.
Pengumuman penjualan berlaku pada saat-saat sensitif untuk AS dan China, tatkala Presiden Trump berusaha menjalin perkongsian disebabkan perbezaan perniagaan dan usaha untuk mengawal program senjata nuklear Korea Utara.
Taiwan adalah demokrasi pemerintahan sendiri tetapi China melihatnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang perlu disatukan semula, dengan ke-kerasan jika perlu.
AS adalah sekutu paling berpengaruh pulau dan pembekal senjata meskipun tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Taipei selepas memindah pengiktirafan kepada Beijing pada tahun 1979.
Rancangan terbaru adalah konsisten dengan syarat-syarat Akta Hubungan Taiwan 1979, kata pegawai AS, di mana Washington mengekal hubu-ngan perniagaan dan menjual senjata kepada Taipei untuk “mengekal keupayaan pertahanan diri yang mencukupi.”
Taiwan mengucapkan terima kasih kepada AS atas komitmennya yang berterusan di bawah undang-undang itu dan berkata urus niaga “menambah keyakinan dan keupayaan Taiwan untuk mengekal status quo keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan.”
“Kami akan meneruskan dialog positif dengan Beijing, dan mempromosi perkembangan positif dalam hubungan antara selat,” kata satu kenyataan daripada Pejabat Presiden Taiwan.
“Pada masa yang sama, kami akan terus menambah pelaburan pertahanan kami, termasuk dalam industri pertahanan dan penyelidikan berkaitan pertahanan demi membuktikan komitmen kami terhadap pertahanan sendiri Taiwan,” tambahnya. – AFP