Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    AS lulus ujian kesan cacar monyet

    ZURICH, 16 NOV – Agensi ubat-ubatan Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan ujian oleh syarikat farmaseutikal Swiss Roche yang boleh mengesan cacar monyet.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS telah membenarkan ujian tersebut digunakan pada masa kecemasan, membolehkan Roche mempercepat penjualan ubat atau ujian pengesanan virus tersebut.

    Roche, yang juga mengeluarkan ujian PCR untuk koronavirus, adalah antara syarikat pertama yang membangunkan ujian untuk mengesan cacar monyet.

    Ujian syarikat menyasarkan dua bahagian berlainan genom virus, satu yang tidak mungkin bermutasi, dan satu lagi genom di mana ia masih boleh mengesan virus cacar monyet walaupun sekiranya ia telah bermutasi, kata Roche.

    Ujian itu akan membantu individu mengelak ‘ujian tambahan atau pengasingan yang tidak penting’ dan akan memastikan orang mempunyai ‘akses kepada rawatan secepat mungkin,’ tambahnya.

    Bagaimanapun, syarikat itu menekankan bahawa virus ‘tidak boleh didiagnosis’ hanya berdasarkan simptom sahaja. Gejala cacar monyet termasuk demam, sakit otot dan bisul yang kelihatan seperti cacar air.

    Semenjak cacar monyet mula menular di luar negara Afrika Barat di mana ia telah menjadi endemik enam bulan lalu, ia telah membunuh 36 orang daripada lebih 77,000 kes di 109 buah negara, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...