Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS lulus undang-undang keselamatan sempadan

    WASHINGTON, 12 MEI – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat semalam meluluskan rang undang-undang keselamatan sempadan ketika ribuan pendatang yang berkumpul di sempadan Amerika Syarikat – Mexico menunggu untuk memasuki negara itu selepas polisi imigresen Title 42 tamat tempoh lewat petang itu, lapor Sputnik.

    Dewan perwakilan meluluskan rang undang-undang itu, digelar Secure the Border Act menerusi undian 219-213, dengan dua Republikan menyertai Demokrat sebagai pembangkang.

    Rang udang-undang itu akan menyambung semula pembinaan tembok sempadan AS-Mexico, memperluaskan kesalahan jenayah yang membatalkan kelayakan individu mendapatkan suaka, dan mewujudkan sistem pengesahan elektronik untuk majikan bagi menentukan kelayakan pemohon. – Bernama

    Reaksi Speaker Dewan California, Kevin McCarthy semasa sidang media susulan rang undang-undang untuk membina lebih banyak tembok sempadan AS-Mexico di Bilik Rayburn, Bangunan Capitol di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda