Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS mahu Jepun berhenti beli tenaga dari Rusia

    WASHINGTON, 16 OKT- Washington mahu Jepun hentikan import tenaga dari Rusia, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Bessent berkata kelmarin.

    Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa India akan berhenti membeli minyak dari Moscow.

    Bessent berkata pada X bahawa dia berbincang dengan Menteri Kewangan Jepun, Katsunobu Kato “AS berharap bahawa Jepun berhenti import tenaga Rusia,” dalam satu lawatan.

    Jepun amat bergantung kepada import minyak dan gas dari luar negara.

    Pada 2023 Jepun membelanjakan 582 bilion yen untuk mengimport gas asli cecair (LNG) Rusia, menurut data kastam terkini yang tersedia. Ini menyumbang 8.9 peratus daripada jumlah import LNG Jepun.

    Media Jepun di Washington memetik bahawa Kato enggan mengulas komen Bessent.

    “Saya ingin mengelak daripada membincangkan apa yang dikatakan oleh menteri lain,” Kato dipetik sebagai berkata.

    “Kami komited untuk melakukan apa yang kami mampu untuk merealisasikan keamanan yang adil di Ukraine dengan menyelaraskan dengan sesama negara G7,” katanya.

    Terdahulu, Trump telah berkata bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi telah berjanji bahawa New Delhi akan berhenti membeli minyak Rusia.

    “Awda tahu, awda tidak boleh melakukannya serta-merta. Ia memerlukan sedikit proses, tetapi proses itu akan berakhir tidak lama lagi,” kata Trump kepada pemberita.

    Modi sebelum ini mempertahankan pembelian minyak dari Rusia, iaitu rakan kongsi bersejarah India, walaupun Moscow menyerang Ukraine.

    Bessent turut berkata bahawa dia dan Kato berbincang, “rancangan untuk menggerakkan pelaburan strategik Jepun di AS melalui perjanjian perdagangan dan pelaburan.” – AFP

    Scott Bessent dalam sidang media semasa Forum CNBC Invest in America, di Washington kelmarin. Beliau mahu Jepun berhenti beli tenaga Rusia – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda