Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS mahu tingkat kerjasama dalam sektor gas, aeroangkasa Sarawak

    KUCHING, 17 OKT – Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, khususnya dalam sektor gas luar pesisir dan aeroangkasa.

    Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan, berkata Sarawak memiliki potensi besar dan kepakaran dalam kedua-dua sektor itu selain mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

    Perkara tersebut katanya antara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam kunjungan hormat beliau ke atas Abang Johari hari ini.

    “Kami sedang mencari kaedah untuk menggalakkan pelaburan AS ke Malaysia dan mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan. Kami juga berbincang tentang pelbagai perkara daripada gas luar pesisir sehinggalah aerongkasa,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut. 

    Kagan turut memuji usaha Sarawak dalam mempromosikan agenda tenaga boleh diperbaharui.

    “Saya sentiasa kagum dengan kepakaran dan komitmen beliau (Abang Johari) untuk mencari jalan memperluas pengeluaran tenaga bersih serta meraih manfaat daripada kemahiran dan keupayaan Sarawak dalam tenaga,” tambahnya. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari bertukar cenderamata dengan Edgard selepas menerima kunjungan Duta Besar AS ke Malaysia itu di Wisma Pelita Petra Jaya pada 17 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda