Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS mansuh larangan perjalanan

    WASHINGTON, 30 Jan – Amerika Syarikat semalam mengumumkan pemansuhan larangan ke atas pelarian dari 11 buah negara yang ‘berisiko tinggi’ namun berkata sesiapa saja yang ingin masuk ke AS perlu menjalani pemeriksaan ketat berbanding sebelum ini.

    Pemohon dari 11 buah negara, tidak dinamakan tetapi difahamkan ia termasuk 10 buah negara yang majoritinya Islam termasuk Korea Utara akan berdepan pemeriksaan ketat.

    “Ia sangat penting bahawa kami tahu siapa yang masuk ke Amerika Syarikat,” menurut Setiausaha Keselamatan Negara, Kirstjen Nielsen.

    “Penambahan langkah-langkah keselamatan ini akan menyukarkan penjahat untuk mencabuli program pelarian dan mereka akan dipastikan kami akan mengambil pendekatan berisiko untuk melindungi negara.”

    Sebanyak 11 buah negara yang dikenakan larangan itu semasa penilaian semula dasar pelarian pentadbiran Trump pada Oktober belum dikenal pasti secara rasmi.

    Tetapi beberapa kumpulan pelarian berkata ia termasuk Mesir, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria dan Yaman.

    Seorang pegawai kanan rasmi pentadbiran memberitahu kepada para wartawan bahawa dasar yang penilaian semula pemeriksaan keselamatan bagi 11 buah negara bukan disasarkan kepada orang Islam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda