Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS mungkin hantar 50 Abrams ke Ukraine

    MOSCOW, 25 JAN – Amerika Syarikat (AS) mungkin menghantar sehingga 50 kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine, dengan keputusan dijangka diumumkan tidak lama lagi, lapor Sputnik.

    Menurut agensi Anadolu, seorang pegawai AS berkata pakej itu akan merangkumi sejumlah kereta kebal bersaiz batalion yang mengandungi 30-50 jentera.

    Baru-baru ini, media melaporkan Washington mungkin mengumumkan seawal minggu ini penghantaran sebilangan besar kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine. Pengumuman itu dilaporkan akan menjadi sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas dengan Jerman yang juga berjanji membekalkan sejumlah kecil kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine.

    Ukraine meminta sekurang-kurangnya 300 kereta kebal tempur daripada penderma Baratnya, yang dianggapnya akan menjadi pencetus perubahan dalam konflik dengan Rusia.

    Kereta kebal Abrams merupakan kenderaan rumit yang memerlukan penyelenggaraan dan penggunaan yang betul, kata Setiausaha Akhbar Pentagon, Pat Ryder. Namun beliau enggan mengulas mengenai latihan kereta kebal Abrams sekiranya AS memutuskan untuk membekalkannya.

    Negara Barat meningkatkan sokongan ketenteraan mereka untuk Ukraine selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di negara itu pada 24 Februari 2022, atas permintaan daripada Republik Donetsk dan Luhansk yang memisahkan diri.

    Pada April, Moscow menghantar nota kepada negara anggota NATO mengutuk bantuan ketenteraan mereka kepada Kyiv. Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov memberi amaran bahawa sebarang penghantaran senjata di wilayah Ukraine akan menjadikannya sebagai ‘sasaran sah’ untuk tentera Rusia. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 29 November 2016 menunjukkan seorang tentera berjalan melintasi barisan kereta kebal M1 Abrams di Fort Carson, Colorado Springs, Colorado. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...