WASHINGTON, 4 APRIL – Tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan dua dron dan sebuah peluru berpandu dilancarkan oleh Houthi yang menyasarkan kapal pemusnah AS di Laut Merah kelmarin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan, Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata tiada laporan kecederaan atau kerosakan yang dilaporkan oleh pakatan tentera AS atau kapal komersial.
Pasukan CENTCOM turut memusnahkan sistem peluru berpandu permukaan bumi ke udara mudah alih di kawasan dikuasai Houthi di Yaman selepas memutuskan ia ‘menimbulkan ancaman kepada tentera AS dan pakatan tentera serta kapal dagang di kawasan itu.’
Houthi yang disokong Iran telah berikrar untuk menyerang kapal di Laut Merah yang dikaitkan dengan Israel.
Bagaimanapun, kebanyakan kapal yang diserang tidak mempunyai kaitan dengan Israel. – Bernama