Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    AS naikkan lagi kadar faedah, kawal inflasi

    WASHINGTON, 23 MAC – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menambah kadar pinjamannya semalam, ketika ia berusaha mencapai keseimbangan di antara mengawal inflasi tinggi dan mengelak krisis seterusnya dalam sektor perbankan komersial.

    Pertambahan sebanyak suku mata, yang sejajar dengan jangkaan, menambah sasaran kadar faedah mereka kepada 4.75 dan 5 peratus pada akhir mesyuarat dasar selama dua hari, kata Persekutuan dalam satu kenyataan.

    Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menambah ‘beberapa dasar tambahan mungkin perlu’ untuk menurunkan inflasi.

    Pertambahan terbaharu itu adalah sama dengan keputusan dasar bank pusat sebelumnya pada Februari, dan menandakan kenaikan kadar kesembilan berturut-turut.

    Persekutuan juga mengemaskinikan unjuran ekonominya semalam, mengurangkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 kepada 0.4 peratus daripada 0.5 peratus pada Disember.

    Ramalan untuk kadar Persekutuan pada akhir tahun ini tidak berubah, sementara jangkaan inflasi meningkat sedikit.

    Keputusan semalam menekankan keazaman Persekutuan untuk memerangi inflasi, yang masih lebih tinggi daripada sasaran tahunan jangka panjang penggubal dasar, iaitu sebanyak dua peratus meskipun usaha untuk mengurangkan kenaikan harga.

    “Untuk mengembalikan inflasi kepada dua peratus mungkin sukar,” kata Pengerusi Persekutuan, Jerome Powell semasa sidang media pada petang semalam. – AFP

    Pengerusi Lembaga Rizab Persekutuan, Jerome Powell bercakap semasa siding media di Rizab Persekutuan di Washington pada 22 Mac 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -