Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Palestin perbaharui dialog ekonomi

    WASHINGTON, 15 DIS – Amerika Syarikat dan Palestin pada kelmarin mengadakan mesyuarat secara maya untuk memperbaharui Dialog Ekonomi AS-Palestin.

    “Pertemuan itu adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun, dialog peringkat kanan ini menghimpunkan pelbagai agensi dan kementerian AS dan Pihak Berkuasa Palestin untuk membincangkan bidang kerjasama ekonomi terkini dan akan datang,” lapor Agensi Anadolu menurut kenyataan Jabatan Negara.

    Pegawai kedua-dua negara berikrar untuk memperluas dan memperdalam kerjasama serta penyelarasan merentasi pelbagai sektor.

    Antara isu perbincangan ialah pembangunan infrastruktur, akses kepada pasaran AS, peraturan AS, perdagangan bebas, isu kewangan, tenaga boleh baharu dan inisiatif alam sekitar serta hubungan dagangan antarabangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda