Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS percaya Menteri Pertahanan China disiasat

    WASHINGTON, 15 SEPT – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) percaya Menteri Pertahanan China, Li Shangfu, sedang disiasat oleh Beijing dan telah diberhentikan daripada tugasnya, lapor Financial Times kelmarin, memetik kenyataan pegawai AS.

    Laporan itu keluar sejurus sebelum diplomat kanan, Rahm Emanuel, duta AS untuk Jepun, berkatadi media sosial bahawa Li ‘tidak dilihat atau didengar dalam 3 minggu’ dan menyatakan bahawa menteri itu mungkin telah ditempatkan di bawah tahanan rumah.

    Ini merupakan petanda terkini kemungkinan kekacauan di Beijing selepas Menteri Luar China, Qin Gang, secara tiba-tiba hilang dan dipecat daripada jawatannya pada bulan Julai.

    China juga menggantikan kepimpinan pasukan roketnya, unit tentera yang mengawasi senjata nuklearnya, pada bulan Julai, dengan bekas komandannya, Li Yuchao, tidak muncul di khalayak ramai beberapa minggu sebelum pertukaran itu dan media rasmi Xinhua tidak memberikan penjelasan mengenai pemecatannya.

    Apabila ditanya oleh AFP hari ini sama ada Li Shangfu sedang disiasat, jurucakap Kementerian Luar China berkata dia “tidak tahu tentang situasi yang disebutkan.”

    The Times melaporkan bahawa tiga pegawai AS serta dua individu yang dimaklumkan tentang maklumat risikan mengatakan baahwa AS memastikan bahawa Li Shangfu telah dilucutkan daripada jawatannya sebagai menteri. – AFP

    Li Shangfu memberi tabik hormat kepada orang ramai sebelum menyampaikan ucapan semasa sidang kemuncak Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura pada 4 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda