WASHINGTON, 15 MEI – Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah mengumumkan perjanjian berjumlah lebih AS$243.5 bilion dengan Qatar, sambil menyatakan siri perjanjian dengan negara Arab itu dijangka menjana pertukaran ekonomi bernilai sekurang-kurangnya AS$1.2 trilion.
Dalam satu kenyataan media, Rumah Putih berkata syarikat Boeing dan GE Aerospace telah memeterai perjanjian bernilai AS$96 bilion untuk menjual sehingga 210 pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 777X kepada Qatar Airways yang dilengkapi enjin dari GE Aerospace.
Rumah Putih turut menyatakan ia merupakan ‘tempahan pesawat badan lebar terbesar pernah diterima oleh Boeing dan juga tempahan 787 terbesar dalam sejarah’.
Syarikat multinasional pertahanan, perisikan dan kejuruteraan infrastruktur AS, Parson memperoleh 30 projek di Qatar, bernilai sehingga AS$97 bilion manakala syarikat perkhidmatan tenaga McDermott meraih tujuh projek aktif bernilai AS$8.5 bilion. – Xinhua
