Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS raih dua kemenangan di Kejohanan LPGA

    GOYANG, 23 OKT – Amerika Syarikat (AS) berjaya menewaskan China dua kali dalam perlawanan format fourball pada hari pertama Kejohanan LPGA International Crown hari ini, manakala pemain nombor satu dunia, Jeeno Thitikul masih mengekalkan rekod sempurna dalam acara berpasukan itu.

    Thitikul bersama rakan sepasukan, Pajaree Anannarukarn dari Thailand telah menewaskan Hannah Green dan Grace Kim daripada Australia dengan keputusan 1-up di New Korea Country Club. Ia merupakan kemenangan keenam berturut-turut Thitikul dalam kejohanan berpasukan tersebut.

    Kemenangan itu diraih selepas pasangan Australia, Minjee Lee dan Steph Kyriacou, menewaskan Chanettee Wannasaen dan Jasmine Suwannapura, sekali gus membahagikan mata dengan Thailand pada hari pembukaan.

    Pasangan AS, Yealimi Noh dan Angel Yin pula mengalahkan Liu Yan dan Yin Ruoning dari China 5 dan 4, manakala Lilia Vu dan Lauren Coughlin menewaskan Zhang Weiwei dan Liu Ruixin dengan kelebihan satu lubang.

    AS menjadi satu-satunya pasukan yang memenangi kedua-dua perlawanan pembukaan mereka.

    Jeeno Thitikul (kanan) bersama ahli kumpulannya, semasa Kejohanan Golf LPGA International Crown di Goyang, Korea Selatan pada 22 Oktober. – AP

    Sementara itu, Jepun mendahului pasukan dunia pada awal kedua-dua perlawanan fourball, namun Charley Hull dan Lydia Ko melakukan birdie di lubang terakhir untuk mengikat Rio Takeda dan Miyu Yamashita.

    Brooke Henderson dan Wei-Ling Hsu bangkit untuk menang 2 dan 1 ke atas Ayaka Furue dan Mao Saigo sekali gus meraih 1.5 mata menentang lawan mereka.

    Pasukan tuan rumah memulakan langkah cemerlang apabila Hyo Joo Kim dan Hye-Jin Choi menewaskan pasangan Sweden, Maja Stark dan Linn Grant, 3 dan 2.

    Sementara itu, Jin Young Ko dan Haeran Ryu menamatkan perlawanan dengan keputusan seri menentang Ingrid Lindblad dan Madelene Sagstrom.

    Mengikut format kejohanan, tujuh negara dan satu ‘pasukan dunia’ bersaing dalam dua kumpulan, AS, China, Australia dan Thailand dalam Kumpulan A, manakala Korea Selatan, Pasukan Dunia, Jepun dan Sweden dalam Kumpulan B. Pasukan dan pemain ditentukan berdasarkan ranking dunia wanita.

    Penambahan pasukan dunia membolehkan pemain seperti Ko dari New Zealand dan Henderson dari Kanada turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

    Thitikul kini memiliki enam gelaran dalam siri LPGA, termasuk dua kemenangan musim ini di Mizuho Terbuka AS dan kejohanan di Shanghai dua minggu lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda