WASHINGTON, 23 MEI – Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat kelmarin meramalkan musim taufan Atlantik yang lebih kuat tahun ini – walaupun pentadbiran Trump berusaha untuk mengurangkan tenaga kerja agensi itu dan mengurangkan perbelanjaannya.
NOAA meramalkan 60 peratus peluang untuk musim di luar normal, dengan antara 13 hingga 19 merupakan ribut dengan angin berkelajuan 63 kilometer sejam (kph) atau lebih tinggi.
Daripada jumlah itu, enam hingga 10 dijangka menjadi taufan dengan angin berkelajuan 119kph atau lebih tinggi, termasuk tiga hingga lima taufan utama yang dikelaskan sebagai kategori tiga, empat atau lima, dengan angin kencang berterusan pada kelajuan kira-kira 179kph.
Terdapat juga 30 peratus peluang untuk musim hampir normal dan 10 peratus peluang untuk musim di bawah normal, kata agensi itu.
Pentadbiran itu juga sedang berusaha untuk membubarkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), menggesa ia ditutup dan tugasnya diserahkan kepada setiap negeri.
Pemangku Ketua FEMA, Cameron Hamilton – yang dilantik oleh pentadbiran Trump – dipecat awal bulan ini selepas mengatakan bahawa pembubaran agensi itu bukan untuk kepentingan terbaik rakyat Amerika. – AFP
