Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS rancang lulus jual jet F-16 ke Bahrain

    WASHINGTON, 30 Mac – Pentadbiran Donald Trump memberitahu Kongres kelmarin yang ia merancang untuk meluluskan penjualan jet pejuang F-16 bernilai berbilion dolar kepada Bahrain tanpa syarat hak asasi kemanusiaan seperti yang pernah dikenakan oleh pentadbiran Barack Obama.

    Jika ia dicapai, persetujuan itu akan membenarkan pulau Teluk membeli 19 jet daripada Lockheed Martin Corp berpangkalan di Maryland, menambah jet lain dalam armada Bahrain.

    Walaupun Kongres mempunyai peluang untuk menyekat penjualan itu, ia sepertinya tidak akan bertindak demikian, oleh itu ia akan memberi sokongan kukuh Republikan bagi meneruskan penjualan tersebut.

    Keputusan itu adalah petanda baru yang pentadbiran Trump mengutamakan sokongan bagi negara yang diketuai Ahli Sunah itu yang dilihat sebagai kritikal untuk menentang pengaruh Iran di Timur Tengah berhubung isu hak asasi kemanusiaan yang Obama telah utarakan.

    Bahrain telah menempatkan armada ke-5 tentera laut AS dan di bawah pembinaan pangkalan tentera laut Britain, merupakan pulau di luar pantau Arab Saudi yang mempunyai ramai penduduk Syiah dan diperintah oleh monarki Ahli Sunah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda