WASHINGTON, 9 SEPT – Presiden Donald Trump akan mengumumkan lebih banyak pengunduran tentera dari Iraq dan Afghanistan dalam beberapa hari akan datang, menurut pegawai tinggi pentadbiran kelmarin.
Pegawai tersebut memberitahu wartawan yang membuat perjalanan bersama presiden untuk menjangkakan pengumuman dibuat hari ini ke atas Iraq dan Afghanistan dalam beberapa hari.
Semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi pada Ogos, Trump berkata tentera Amerika Syarikat (AS) akan meninggalkan Iraq tanpa memberikan sebarang tarikh.
Perbincangan di antara kedua-dua pemimpin dibuat selepas serangan yang menyasarkan warga AS oleh penyerang pro-Iran yang meningkat dan kerajaan Iraq berdepan tekanan untuk mengusir kira-kira 5,000 orang tentera AS yang dihantar ke negara itu sebagai sebahagian daripada usaha anti-jihad.
Tentera AS telah dikeluarkan dari Iraq pada penghujung 2011, meninggalkan misi kecil yang diserahkan kepada kedutaan AS. – AFP
