WASHINGTON, 31 DIS – Lebih 3,900 penduduk di Amerika Syarikat (AS) maut akibat COVID-19 semalam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University, satu rekod baharu bagi kes kematian harian akibat virus itu.
Universiti yang berpusat di Baltimore melaporkan 3,927 orang meninggal dunia akibat koronavirus dalam tempoh 24 jam sebelum 8:30 malam (0130 GMT Khamis) di AS, negara paling teruk terjejas di dunia, sementara 189,671 kes baharu direkodkan.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan 19,715,899 jangkitan dan 341,845 kematian di AS sejak wabak itu bermula. – AFP