Wednesday, January 8, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS rekodkan kematian pertama akibat selesema burung

    WASHINGTON, 7 JAN – Pihak berkuasa kesihatan Louisiana kelmarin melaporkan kematian manusia pertama di Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan selesema burung, sambil menyatakan pesakit itu mempunyai keadaan perubatan asas dan risiko umum kepada orang ramai kekal “rendah.”

    Pesakit yang berusia lebih 65 tahun itu telah dimasukkan ke hospital sejak sekurang-kurangnya pertengahan Disember, apabila Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mengumumkannya sebagai kes serius pertama negara dijangkiti manusia daripada virus H5N1.

    “Walaupun risiko kesihatan awam semasa untuk orang awam kekal rendah, orang yang bekerja dengan burung, ayam atau lembu, atau mempunyai pendedahan rekreasi kepada mereka, berada pada risiko yang lebih tinggi,” kata Jabatan Kesihatan Louisiana dalam satu kenyataan yang mengumumkan kematian berkenaan.

    Ia berkata pesakit telah, “menghidap H5N1 selepas terdedah kepada gabungan antara kawanan burung di belakang rumah bukan komersial dan juga burung liar,” tetapi tidak mengesan jangkitan H5N1 atau bukti penularan dari orang ke orang di negeri itu.

    Jumlah selesema burung yang beredar di kalangan haiwan dan manusia telah membimbangkan saintis sekiranya ia boleh berubah menjadi bentuk yang lebih mudah berjangkit dan berpotensi mencetuskan wabak maut.

    Sejak awal tahun 2024, CDC telah merekodkan 66 kes selesema burung pada manusia di Amerika Syarikat.

    “Kami mempunyai banyak data yang menunjukkan bahawa virus ini boleh membawa maut, lebih merbahaya daripada virus-virus lain yang kami bimbangkan,” Jennifer Nuzzo, seorang profesor epidemiologi di Universiti Brown, memberitahu AFP.

    “Atas sebab itu, orang ramai agak bimbang tentang wabak ini yang telah berlaku di ladang dan tempat lain di AS dan benar-benar mengharapkan agar kerajaan lakukan lebih banyak tindakan,” katanya.

    “Kematian akibat selesema burung H5N1 di AS tidak dijangka kerana potensi jangkitan virus ini yang diketahui menyebabkan penyakit dan kematian yang teruk,” kata CDC dalam satu kenyataan.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merekodkan lebih 950 kes selesema burung pada manusia sejak 2003 di 24 negara, termasuk sejumlah besar di China dan Vietnam.

    Nuzzo yang tidak terkejut dengan pengumuman kematian berkenaan tetapi kembali menegaskan bahawa “penyebaran virus yang agak tidak terkawal ini amat membimbangkan dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk mencegah jangkitan.”

    “Ini adalah virus jahat yang tiada siapa mahu dijangkit,” tambahnya lagi. – AFP

    Kematian pertama akibat selesema burung direkodkan di AS. – Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda