Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sahkan kes selesema burung tanpa sentuhan haiwan

    WASHINGTON, 8 SEPT – Seorang individu di negeri Missouri telah menjadi orang pertama di Amerika Syarikat (AS) yang diuji positif selesema burung tanpa mengetahui pendedahan kepada haiwan dijangkiti, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

    Pesakit dewasa itu, yang sudah mempunyai penyakit lain, dimasukkan ke hospital pada 22 Ogos, menerima ubat antivirus terhadap influenza, kemudian pulih dan dibenarkan keluar, menurut kenyataan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit serta Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kanan Missouri.

    Oleh kerana jenis selesema pesakit kelihatan mencurigakan pada ujian awal, ia dihantar untuk ujian tambahan di makmal negeri dan persekutuan, yang mendedahkan ia adalah H5, juga dikenali sebagai selesema burung.

    Individu tersebut adalah yang ke-14 diuji positif selesema burung di AS tahun ini, dan yang pertama tanpa diketahui ada kontak dengan haiwan.

    Malah, “tiada jangkitan H5 dalam lembu tenusu telah dilaporkan di Missouri” kata jabatan kesihatan Missouri, walaupun beberapa kes H5 dalam kawanan komersil atau belakang rumah dan burung liar telah dilaporkan.

    Semua kes selesema burung sebelum ini di AS adalah dalam kalangan pekerja ladang, termasuk yang pertama, pada 2022. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda