Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sedia hentikan bantuan

    HUEHUETÁN, 23 Okt – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata bahawa AS akan mula membatalkan bantuan ke atas negara-negara Amerika Tengah apabila ribuan penghijrah, sebahagian besarnya penghijrah Honduras, menuju ke sempadan AS.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata lebih daripada 7,000 orang kini menuju ke AS, apabila semakin ramai penghijrah menyertai kumpulan asal penghijrah, termasuk penduduk dari Amerika Tengah, yang sudah berada di Mexico.

    Sementara itu, Trump meneruskan ‘serangannya’ hampir tiap hari mengenai rombongan itu di Twitter, menggesa bagi kecemasan negara dan menyatakan bahawa dia sudah memaklumkan ketenteraan dan anggota kawalan sempadan AS.

    “Kita akan mula mengurangkan dan menghentikan sejumlah besar bantuan asing, yang diberikan AS kepada Guatemala, Honduras dan El Salvador,” kata presiden itu, yang memanfaatkan krisis itu dalam pilihan raya penggal pertengahan AS, menghidupkan semula retorik mengecam pendatang yang membantunya terpilih pada 2016.

    “Malangnya, ia kelihatannya ketenteraan dan polis Mexico gagal menghalang para penghijrah menuju ke sempadan selatan AS. Penjenayah dan orang dari Timur Tengah juga ada,” tambahnya.

    Menteri Dalam Negeri Mexico, Alfonso Navarrete berikrar bahawa negaranya tidak akan tunduk pada ‘mana-mana kerajaan yang mahu menimbulkan permusuhan di Mexico dan menggesa bagi dialog.

    Pihak berkuasa Mexico berjaya menyekat para penghijrah di sempadan Mexico-Guate-mala selepas mereka merempuh siri halangan di bahagian Guatemala Jumaat lalu.

    Namun kemudian memutuskan untuk menyeberangi sungai menggunakan rakit sebelum meneruskan perjalanan ke utara. – AFP

    Presiden Donald Trump ketika hendak menghadiri kempen bersama Senator AS, Ted Cruz. Trump akan mula membatalkan bantuan ke atas negara-negara Amerika Tengah apabila ribuan penghijrah menuju ke sempadan AS. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda