Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sekat rangkaian berpangkalan di China

    WASHINGTON, 25 JULAI – Amerika Syarikat (AS) melancarkan sekatan, kelmarin, terhadap rangkaian puluhan individu dan lima firma di China yang didakwa menyokong program peluru berpandu balistik dan angkasa lepas Korea Utara.

    Rangkaian itu didakwa telah membantu Korea Utara dengan mendapatkan barangan untuk program peluru berpandu balistiknya, yang Jabatan Perbendaharaan AS berkata sedang dikendalikan dalam ‘pelanggaran nyata’ terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Pembangunan berterusan Korea Utara bagi teknologi peluru berpandu balistiknya “adalah tidak bertanggungjawab dan menjejaskan kestabilan bagi kedua-dua rantau dan masyarakat antarabangsa,” kata Setiausaha Perbendaharaan bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson dalam satu kenyataan.

    “AS kekal komited untuk menggunakan alat kami bagi menguatkuasakan sekatan antarabangsa ini, termasuk mengganggu rangkaian perolehan haram yang menyediakan input utama untuk teknologi ini,” tambahnya.

    Kementerian luar Beijing membalas, hari ini, mengatakan ia menentang sekatan unilateral yang tidak sah. – AFP

    Nama syarikat Sains dan Teknologi Elektronik, Beijing Sanshunda dilihat pada dinding di pejabatnya di Beijing pada 25 Julai. Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan pada 24 Julai 2024 terhadap rangkaian puluhan individu dan lima firma di China yang dituduh menyokong program peluru berpandu balistik dan angkasa lepas Korea Utara. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda