Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sekat syarikat minyak utama Rusia

    WASHINGTON, 23 OKT – Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia, Rosneft dan Lukoil, dengan alasan Moscow, “tidak menunjukkan komitmen serius terhadap proses damai” untuk menamatkan peperangannya dengan Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    “Sekarang adalah masa untuk menghentikan pertumpahan darah dan melaksanakan gencatan senjata segera,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dalam satu kenyataan mengumumkan langkah itu.

    “Berikutan keengganan Presiden Putin untuk menamatkan peperangan yang tidak wajar ini, Perbendaharaan mengenakan sekatan ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia yang membiayai mesin perang Kremlin,” kata Bessent sambil menambah bahawa pihaknya akan “mengambil tindakan lanjut jika perlu” bagi menyokong usaha Presiden AS, Donald Trump untuk menamatkan konflik itu. – Bernama/dpa

    Scott Bessent bercakap dengan wartawan di Rumah Putih,Washington kelmarin. Menurutnya, Rusia tidak tunjuk komitmen serius dalam proses damai. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda