WASHINGTON, 3 NOV – Amerika Syarikat (AS) membuka satu siasatan keselamatan terhadap aplikasi video popular milik China, TikTok, lapor New York Times semalam.
Laporan yang memetik sumber tanpa nama berkata, siasatan oleh panel antara kerajaan mungkin untuk meneliti sama ada aplikasi yang popular dengan video muzik digunakan untuk menghantar data ke China.
Siasatan itu diketuai Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat iaitu sebuah panel kerajaan yang meneliti pemerolehan di negara AS oleh syarikat asing, kata laporan itu.
Berita mengenai siasatan itu muncul selepas ahli kongres menggesa kajian risiko keselamatan perlu dilakukan terhadap aplikasi TikTok sambil memberi amaran ia mungkin digunakan oleh Beijing untuk tujuan perisikan.
Siasatan mungkin melihat pada pemerolehan TikTok pada 2017, yang pada masa itu dikenali sebagai Musical.ly. oleh ByteDance yang berpangkalan di Beijing.
Perjanjian itu memberikan syarikat China aplikasi, yang popular di kalangan belia dengan video karaoke keluaran dalam negara dan kini dianggarkan mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia.
Pemimpin Demokratik Senat Chuck Schumer dan Senator Republikan Tom Cotton pada minggu lalu mencadangkan pemilik TikTok, ByteDance mungkin dipaksa berkongsi maklumat pengguna mereka dengan risikan China. – AFP